Tuesday 14 May 2013

Pengalaman Interview IPG

Assalamualaikum.

Baru 2 hari lepas aku pergi interview untuk KPLSPM PISMP 2013. So, dalam surat tawaran aku kena offer temuduga untuk Bahasa Melayu Pendidikan Rendah. Cikgu BM tu. Haha. So cerita pengalaman la ni kan. First interview aku tu.

12/05/2013

8.00 pagi

Mak kejutkan aku sebab aku tertidur lagi lepas solat subuh. Well sebelum tu aku study pasal NKRA, MBMMBI, KSSR dan bla bla bla. Fuhhh sungguh banyak. Macam baca buku sejarah pun ada. Haha. Bila abah aku tahu aku belum ready lagi, dalam aku nak ke bilik mandi, kena ceramah dulu :'3 Okay abah orang paham. Abah risau lettew kotkot nanti terlambat sebab aku ada ujian MEdSi jam 11.30 pagi kat UMS. Tapi aku watlek je. Keh keh keh, terima kasih abah kerana tahan dengan kerenah anak ketiga-mu ini. Selamat hari abah. Eh? Jam 8.30 bertolak ke Kota Kinabalu.

Kat UMS, ujian MEdSI, lain cerita ye. So, malam tu kitorang tumpang rumah adik abah aku, jarak umur aku dengan pokcik aku ni 6 tahun, aku panggil dia dengan nama dia je. kadang-kadang je panggil pokcik. Haha.

13/05/2013

4.00 pagi

Abah dah kejut aku. Awal gila abah kejut. Abah kata "Akmal tu mandi mau lebih setengah jam. Nanti lambat pula kita jalan." Hehhh, abah ni. Yang lebih setengah jam tu bukan apa, nature call. Kahkahkah. Then siap lepas mandi, tunggu azan subuh. Kira-kira jam 5 pagi dah jalan,

*Cerita dipendekkan*
Dah sampai kat IPG Kent, Kampus Tuaran (Tempat temuduga dijalankan) Then cari tempat nak tunggu. Taklah ramai sangat datang temuduga tu. Tapi lebih dari 50 orang la. Bila dah jam 8 pagi, kitorang di arah untuk menjawab soalan insak. Inventori Sahsiah Keguruan entah apa binatang. Hahaha.135 soalan objektif kena jawab dalam 30 minit. Lebih kurang macam ujian personaliti la. Bila dia dah cakap start. Fuhhhhh, sepantas kilat aku jawab. Then bila dah sampai soalan aku nak jawab soalan 45, aku terperasan yg aku baru jawab 43 soalan dalam kertas OMR. Meaning ada satu soalan aku termiss. Apalagi Ohhhhh Emmmmmm Geeeeeeee !!! Then aku track balik soalan yg aku tak terjawab. Oh soalan 17. But semua tu dah buang masa 5 minit. Tinggal 15 minit dan aku baru jawab 45 soalan dari 135. Rasa nak nangis pun ada. Kahkahkah. Tapi tak gentle la nangis. Hahahaha. Yang aku ingat bila dah tinggal 10 minit tu ada 45 soalan lagi aku belum jawab. Then bila dia kata tinggal lagi 2 minit, ada 15 soalan belum berjawab. Then bila dia dah start pungut kertas soalan balik, aku ada 5 soalan belum jawab. Arghhhhhh, Nasib pakcik tu baik, *Haha pakcik la sangat* dia bagi masa extra seminit bagi yg belum siap. Then aku nampak ada sorang budak ni, dia belum siap juga even lepas dah habis seminit extra tu. Soalan ada 135 je, tapi kat OMR dia tanda sampai 160. Hahahaha. *Tak baik tau gelakkan orang. Kalau aku, boleh*

Lepas dah habis pakcik tu pungut, dia suruh kitorang naik ke tingkat atas kat tempat temuduga. Dupdapdupdap jantung. Haha, Then dia suruh sign kehadiran kat pintu bilik temuduga tu. Oh crap aku baru sedar aku sesi yg awal sekali. sesi 9.30 pagi. Tak sempat nak panaskan kerusi and kenal-kenal dengan orang lain. So, masuk bilik interview, mula-mula tu ada 6 orang and one of them was my ex-collegemate at KML. tapi tak kenal sangat sebab dia aliran akaun. Then bila dah start ice breaking, 2 orang lagi datang. So total kitorang interview utk group tu, 8 orang. Aku tak ingat sangat nama-nama diorang, Walaupun ada sticker besar kena bagi, tulis nama besar-besar. Hahaha

Pakcik yg jaga time jawab soalan insak tu pulak yg menemuduga kitorang dengan sorang lagi. Haha,

"Okay, kita buat temuduga berkumpulan dengan individu sekaligus." Then dia suruh perkenalkan diri setiap sorang. Bila sampai aku.

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Akmal bin Idrus. Saya berasal dari Beaufort, Sabah. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya yang ketiga. Keputusan SPM saya, blablablabla, Saya juga merupakan lepasan Matrikulasi seperti Syafiq *ex-collegemate* " Then dah tak tau nak cakap apadah. Haha.

pastu pakcik tu tetiba menyampuk "Okay, cakap dalam Bahasa Inggeris tentang diri kamu dan tentang IPG Kent ni" Even kitorang interview utk subjek BM, dia suruh bercakap dalam BI jugak, alah nak tengok keyakinan diri je pon.

"My name is Akmal, I'm from Beaufort. Blablablabla *Ulang ayat sama macam sebelum ni just translate jadi BI, Hahaha* My opinion about this IPG is it is quite huge I don't know how to describe my feeling as it is the first I got here and it is my first time being interviewed. I think I feel so nervous. *Keluar pulak ayat ni. Kahkahkah* Ambik kau penemuduga.

Then sorang penemuduga lagi tu menyampuk.

Penemuduga : So, you know Syafiq right?

Aku : Yes

Penemuduga : Describe Syafiq.*Aku pandang kat Syafiq*

Aku : I just know him a "little bit" *Salah cakap, actually aku nak cakap aku tak tau sangat pasal dia, sebab tak pernah bercakap pun kat KML dulu.*

Penemuduga : Describe the "little bit".

Aku : Errrr, actually at matrics, we have never talk and we just met face to face several times by chance at matrics. blablablabla"

Penemuduga : Okay, you may sit.

*Masuk part group discussion*
Pakcik tu tayangkan video, bulettin utama punya berita. isu Memperkasa Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris , MBMMBI. Wohoooo, aku ada baca isu ni!

Actually aku nak starting. But disebabkan pakcik tu suruh ikut barisan, Syafiq mulakan dulu. Boleh tahan jugak budak Syafiq ni. Aku rasa terancam jugak! Haha, Then, bila Syafiq dah habis, tiba giliran aku bercakap.

"dasar MBMMBI merupakan antara dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah dan bagi memastikan murid menguasai BM dan BI dengan fasih dan betul. Blablablablabla.............."

Apa yang terlintas kat fikiran aku semua aku keluarkan. Hahaha.

Then lepas semua dah habis cakap. Dia tanya kitorang, ada apa-apa nak tanya,
aku pun tanyalah bila result temuduga boleh tau. 2 minggu kemudian jawab pokcik tu. Oh okay. Haha Interview siap!!! Hahhhhh, pelik. Haha. Tu je? Takde pun kena tanya pasal NKRA, KSSR, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Wawasan ke apa ke, Sijil kitorang penemuduga tu tak tengok pun. Hahaha. Dia just nak salinan-salinan dokumen yang diperlukan. Lepas habis salam-salam dengan pakcik penemuduga tu.

BALIK BEAUFORT...... :)

Entah dapat entah tak. Tunggu jelah keputusan. Kalau ada rezeki, inshaAllah.

SEDIKIT PERKONGSIAN TAMBAHAN
http://bloginifake.blogspot.my/2016/05/interview-ipg.html

9 comments:

  1. nice sharing . thanksss . #prayforme . hahah .

    ReplyDelete
  2. Mbahaha part , " Tak baik tau gelakkan orang . Kalau aku , boleh " plg xleh tahan XD

    ReplyDelete
  3. Doakan sya 30 April ni.. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdullilah 😄 saya 10mei ni, rasa takut pula, sama juga ni bidang bm, any advice or isu berkaitan bidang bm 2016 ?

      Delete
    2. nais la bro , aq interview lusa !! hahah baru kalut nak cari maklumat .. dah la kena BI .. mati aq kna speaking ..thx for the info

      Delete
    3. Le' Dhiyaz - mungkin boleh cari isu semasa untuk BM. lagi2 dalam pendidikan. relax la xyah takut haha yg paling penting confident. tp jgn over confident pula

      Faris - welcome. xpa penemuduga tu just nak tengok kita ckp je xpenting sgt pun grammar hahaha

      Delete